Sunday, April 27, 2008

RAHSIA RANSANG MINDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kerana anda memilih blog ini untuk mendapatkan informasi tentang Rahsia bagi Merangsang Minda anda supaya sentiasa aktif dan tidak mengenal putus-asa dalam menjalankan segala aktiviti harian anda:Tidak kiralah samada anda seorang pelajar,guru,pekerja di sektor swasta atau kerajaan mahupun anda menjalankan kerja sendiri samada perniaga,penghibur atau sebagainya.
Minda akan sempurna bergerak dan bekerja sekiranya ia sentiasa berada dalam situasi yang tenang dan damai yakni tanpa gangguan masalah yang tidak dapat diselesaikan.Walau bagaimanapun minda tidak mampu bertugas sekiranya otak tidak diaktifkan menurut teknik dan cara yang tepat.Kecemerlangan akan terzahir sekiranya minda mempunyai motivasi yang sangat tinggi dan tidak tergugat dengan sebarang anasir-anasir perosak dari luaran atau dalaman anda.
Tentu anda biasa mendengar cerita Mat Jenin yang selalu menggunakan mindanya melalui khayalan bahawa beliau akan memperoleh kejayaan satu persatu tetapi malangnya beliau jatuh ke tanah ketika memanjat pohon kelapa.Persoalannya Mengapa jadi begitu???.Memang benar bagi mencapai kecemerlangan kita mesti terlebih dahulu mengkhayalkan atau menggambarkan kecemerlangan dan kejayaan tersebut di dalam pemikiran atau minda kita.Memang tidak dapat dinafikan ,seseorang itu akan menggambarkan dahulu cita-cita atau apa-apa yang dihajti olehnya sebelum memperoleh perkara tersebut.Tentu anda melalui perkara ini..!! Misalnya anda menggambarkan atau menghajatkan memiliki isteri yang cantik dan anda memperolehnya.Seorang pelajar mengambarkan beliau akan memperoleh 8A,maka dia memperolehnya setelah beliau melalui beberapa langkah yang berdisplin untuk memperolehnya.
Langkah-langkah berikut perlu anda patuhi bagi merangsang minda anda:
1.Mesti anda lakukan perkara ini.Buat catatan setiap hari terhadap sesuatu perkara yang baik dan positif.Anda boleh tulis di dalam diari,buku,kertas putih atau sebagainya.Pastikan tempat anda catat itu tidak hilang.
2.Carilah rakan dan kawan-kawan yang sentiasa positif minda dan percakapannya.Jauhi rakan-rakan yang selalu negatif kerana mereka banyak mempengaruhi perbuatan dan pekerjaan anda.Tentu anda dapat bayangkan sikap orang yang negati ini.
3.Selalu dan kerapkan atau sibukkan diri anda untuk merangsang orang lain samada rakan atau siapa sahaja.Rasangkan mereka supaya menjadi manusia hebat.Kenapa perlu anda lakukan hal ini???INGAT apabila kita menggalakkan orang lain menjadi hebat maka ciri-ciri kehebatan itu akan hadir kepada kita malah mungkin apa yang kita cakapkan akan mempengaruhi tingkah perbuatan kita sendiri.PERCAYALAH!!!
4.Banyakkan membaca buku -buku atau blog-blog berkaitan dengan "memberi perangsang dan galakan" kepada kita,istilah lain ialah berbentuk motivasi.Contohnya blog ini,dan anda juga boleh peroleh dari iklan yang ada di sebelah kanan blog ini.Baca muka surat demi muka surat dengan penuh minat.Jangan baca dengan sambil lewa..OK.
5.Mengambil perhatian sepenuhnya terhadap apa-apa yang anda baca dan lihat yang mana boleh menggalakkan anda melakukan peningkatan positif,kalau boleh catat kata-kata yang memberangsangkan tersebut dan lekatkan ditempat-tempat yang mudah dilihat dan dibaca.
6.Mesti membuat fokus yang tepat terhadap apa yang anda inginkan.Jangan sambil-lewa atau acuh tak acuh.Persedian mesti mantap dan rapi.
7.JANGAN LUPA bersolat (bersembahyang) dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa.Kerana dalam hadis nabi ada menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud "Tidak tertolak qada dan qadar itu melainkan dengan doa.

Semoga dengan sedikit tip-tip ini akan membantu anda (Pelajar,Pendidik,Ibubapa dan ANDA)memperhidupkan minda dengan lebih mantap lagi.InsyaAllah saya akan menambah tip-tip yang lain.Teruskan melayari blog ini dilain masa dan lihatlah iklan-iklan yang ada padanya.Wassalam !!!

Powered By Blogger