Thursday, October 16, 2008

Mengapa Anda Mengumpat

Ya,mari kita menyelongkar minda sendiri.Tanyalah pada diri,siapakah diri anda?Mengapa anda hadir di sini,di kampung anda,di bandar anda, di rumah anda,di dunia ini?Mungkinkah untuk saja-saja.Pernahkah anda bertanya pada diri,berapa lama anda di sesuatu tempat?Adakah anda kekal di situ,berada di satu tempat?tidakkah anda sentiasa berubah tempat?Mengapa anda berubah tempat?

Friday, August 15, 2008

Mengapa Mata Kita Bulat

Pernah anda berfikir mengapa semua jenis biji mata berbentuk bulat termasuklah mata manusia,ikan,lembu,kuda dan lain-lain.Tapi mata yang bulat itu dilindungi oleh kelopak mata yang berbagai bentuk.Jika anda dapat menjawab soalan ini bermakna minda anda sudah terangsang.Silalah jawab.......

Wednesday, August 13, 2008

Fikir Tentang Rambut

Cuba anda fikirkan tentang kejadian rambut-rambut yang ada pada diri anda.Rambut-rambut itu ada yang terletak di atas kepala,dikening,bulu mata,di lengan,diatas bibir (misai),di dagu (janggut),di dada,diketiak,dan tempat-tempat lain.Cuba anda lihat dan fikirkan kenapa rambut di kening ,di mata (bulu mata),di dalam hidung,di tangan (bulu roma) tidak cepat panjangnya jika dibandingkan dengan rambut di atas kepala?Cuba anda fikirkan apakah yang akan terjadi jika rambut-rambut lain cepat panjangnya seperti rambut di kepala?Kenapa ada tempat tiada rambut?

Tuesday, June 17, 2008

Tenangkan minda.

Biasalah....kalau seseorang itu mempunyai masalah dia akan kelihatan berserabut dan tertekan.Jika masalah itu gagal diselesaikan dengan sepurna ia akan mengakhibatkan kecelaruan yang sangat merbahaya.Mungkin gila,bunuh diri atau membuat sebarang tidakan yang memberhayakan diri sendiri dan orang lain.Adakah anda bermasalah?Pernahkah anda cuba menyelesaikannya dengan pelbagai kaedah?
Saya cadangkan kepada anda beberapa cara untuk menghilangkan tekanan .
  • Jika anda berdiri maka duduklah.
  • Jika anda duduk maka berdirilah.
  • Jika anda diam anda berjalanlah.
  • Jika terlalu marah ambil air sembahyang dan solah sunat serta bertaubatlah.

Friday, May 30, 2008

Sihir

Cuba anda fikir dengan secara tulus mulus>Mengapa manusia dizaman yang serba cangih ini masih berminat menggunakan sihir.Adakah anda percayakan sihir?Mengapa anda percaya atau mengapa anda tidak percaya?Atau anda berada diantara percaya dengan tidak percaya.Kalau anda tanya saya maka minda saya akan menyatakan sihir itu ada dan ada juga pengamalnya,akan tetapi keberkesanan ilmu sihir itu bergantung kepada pengamalnya dan amalan orang yang terkena sihir.Bagaimana?cuba anda guna minda anda

Sunday, April 27, 2008

RAHSIA RANSANG MINDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kerana anda memilih blog ini untuk mendapatkan informasi tentang Rahsia bagi Merangsang Minda anda supaya sentiasa aktif dan tidak mengenal putus-asa dalam menjalankan segala aktiviti harian anda:Tidak kiralah samada anda seorang pelajar,guru,pekerja di sektor swasta atau kerajaan mahupun anda menjalankan kerja sendiri samada perniaga,penghibur atau sebagainya.
Minda akan sempurna bergerak dan bekerja sekiranya ia sentiasa berada dalam situasi yang tenang dan damai yakni tanpa gangguan masalah yang tidak dapat diselesaikan.Walau bagaimanapun minda tidak mampu bertugas sekiranya otak tidak diaktifkan menurut teknik dan cara yang tepat.Kecemerlangan akan terzahir sekiranya minda mempunyai motivasi yang sangat tinggi dan tidak tergugat dengan sebarang anasir-anasir perosak dari luaran atau dalaman anda.
Tentu anda biasa mendengar cerita Mat Jenin yang selalu menggunakan mindanya melalui khayalan bahawa beliau akan memperoleh kejayaan satu persatu tetapi malangnya beliau jatuh ke tanah ketika memanjat pohon kelapa.Persoalannya Mengapa jadi begitu???.Memang benar bagi mencapai kecemerlangan kita mesti terlebih dahulu mengkhayalkan atau menggambarkan kecemerlangan dan kejayaan tersebut di dalam pemikiran atau minda kita.Memang tidak dapat dinafikan ,seseorang itu akan menggambarkan dahulu cita-cita atau apa-apa yang dihajti olehnya sebelum memperoleh perkara tersebut.Tentu anda melalui perkara ini..!! Misalnya anda menggambarkan atau menghajatkan memiliki isteri yang cantik dan anda memperolehnya.Seorang pelajar mengambarkan beliau akan memperoleh 8A,maka dia memperolehnya setelah beliau melalui beberapa langkah yang berdisplin untuk memperolehnya.
Langkah-langkah berikut perlu anda patuhi bagi merangsang minda anda:
1.Mesti anda lakukan perkara ini.Buat catatan setiap hari terhadap sesuatu perkara yang baik dan positif.Anda boleh tulis di dalam diari,buku,kertas putih atau sebagainya.Pastikan tempat anda catat itu tidak hilang.
2.Carilah rakan dan kawan-kawan yang sentiasa positif minda dan percakapannya.Jauhi rakan-rakan yang selalu negatif kerana mereka banyak mempengaruhi perbuatan dan pekerjaan anda.Tentu anda dapat bayangkan sikap orang yang negati ini.
3.Selalu dan kerapkan atau sibukkan diri anda untuk merangsang orang lain samada rakan atau siapa sahaja.Rasangkan mereka supaya menjadi manusia hebat.Kenapa perlu anda lakukan hal ini???INGAT apabila kita menggalakkan orang lain menjadi hebat maka ciri-ciri kehebatan itu akan hadir kepada kita malah mungkin apa yang kita cakapkan akan mempengaruhi tingkah perbuatan kita sendiri.PERCAYALAH!!!
4.Banyakkan membaca buku -buku atau blog-blog berkaitan dengan "memberi perangsang dan galakan" kepada kita,istilah lain ialah berbentuk motivasi.Contohnya blog ini,dan anda juga boleh peroleh dari iklan yang ada di sebelah kanan blog ini.Baca muka surat demi muka surat dengan penuh minat.Jangan baca dengan sambil lewa..OK.
5.Mengambil perhatian sepenuhnya terhadap apa-apa yang anda baca dan lihat yang mana boleh menggalakkan anda melakukan peningkatan positif,kalau boleh catat kata-kata yang memberangsangkan tersebut dan lekatkan ditempat-tempat yang mudah dilihat dan dibaca.
6.Mesti membuat fokus yang tepat terhadap apa yang anda inginkan.Jangan sambil-lewa atau acuh tak acuh.Persedian mesti mantap dan rapi.
7.JANGAN LUPA bersolat (bersembahyang) dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa.Kerana dalam hadis nabi ada menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud "Tidak tertolak qada dan qadar itu melainkan dengan doa.

Semoga dengan sedikit tip-tip ini akan membantu anda (Pelajar,Pendidik,Ibubapa dan ANDA)memperhidupkan minda dengan lebih mantap lagi.InsyaAllah saya akan menambah tip-tip yang lain.Teruskan melayari blog ini dilain masa dan lihatlah iklan-iklan yang ada padanya.Wassalam !!!

Powered By Blogger